Headlines News :
Home » » Ditik-detik Runtuhnya Khilafah Utsmaniyyah di Turky

Ditik-detik Runtuhnya Khilafah Utsmaniyyah di Turky

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

 



Ya, pada 3 Mac 1924, sistem khilafah Islamiyyah, yang dimulakan oleh para sahabat selepas kewafatan ar-Rasul SAW lebih seribu tahun yang sebelumnya, akhirnya menemukan ajalnya. Pada 3 Mac 1924, sebuah sistem yang amat digeruni lagi dihormati oleh orang-orang bukan Islam akhirnya terkubur, menggali kuburnya sendiri. Pada 3 Mac 1924, benteng dan pelindung umat Islam yang selama itu menjadi perisai dan tombak umat Islam berlindung, akhirnya kalah tertewaskan dengan pelbagai fitnah dan tribulasi yang menyerang bertubi-tubi.
..........
Mari kita lihat beberapa fakta menarik dan penting tentang sistem khilafah untuk memahami betapa signifikannya sistem ini kepada umat Islam, agar melahirkan rasa 'izzah dan menaikkan semangat untuk kita kembalikan semula khilafah di muka bumi Allah ini.

1) Ada banyak dalil-dalil yang menunjukkan kewajipan untuk menegakkan khilafah Islamiyyah ini. Antaranya, di dalam al-Quran, Allah menyebutnya di dalam surah an-Nur:

"Allah telah menjanjikan kepada orang-orang antara kamu yang beriman yang mengerjakan kebajikan, bahawa Dia sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di bumi sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa..." [an-Nur, 24:55]

Di samping itu, ada banyak hadith-hadith yang menerangkan tentang urgensi untuk mendirikan khilafah Islamiyyah. Tetapi di dalam ruang yang terhad ini, ijinkan saya memetik sepotong hadith:

"Dahulu para nabi yang mengurus Bani Israil. Apabila wafat seorang nabi diutuslah nabi berikutnya, tetapi tidak ada lagi nabi setelahku. Akan ada para Khalifah dan jumlahnya akan banyak.” Para Sahabat bertanya, 'Apa yang engkau perintahkan kepada kami?' Nabi menjawab, 'Penuhilah bai’ah yang pertama dan yang pertama itu saja. Penuhilah hak-hak mereka. Allah akan meminta pertanggungjawaban terhadap apa yang menjadi kewajipan mereka.'"
[Hadith Riwayat Muslim]                                                                                   

Manakala sekiranya kita mengkaji sirah, kita juga akan mendapati
betapa para sahabat mendokong dan memperjuangkan sistem khilafah ini. Yang paling menarik adalah apabila mereka secara sepakat menunda pengebumian ar-Rasul SAW usai kewafatan baginda, sehingga tiga hari lamanya. Sedangkan urusan pengkebumian jenazah adalah sesuatu yang wajib disegerakan, apatah lagi jasad yang mahu dikebumikan adalah manusia teragung di seluruh alam semesta! Namun ada urusan yang lebih utama dan penting yang mereka perlu selesakan dan segerakan; itulah pelantikan seorang khalifah, pemimpin bagi menggantikan tempat baginda. Hal ini menjadi hujah kepada keutamaan dan kepentingan seorang khalifah bagi umat Islam.

2) Sistem khilafah berjalan selama seribu dua ratus sembilan puluh dua tahun lamanya. Atau dengan bahasa mudahnya, 1,292 tahun, Eheh.

Wah, lamanya Inche gabbana! Benarkah fakta ini..?

Tanya anda sambil melopongkan mulut hingga kelihatan gigi anda yang rongak itu.

Ya, benar. Khulafa' ar-Rasyidin (Khalifah yang empat) bermula sebaik sahaja kewafatan baginda, pada tahun 632M hinggalah apabila Saidina Ali r.a. meletakkan jawatannya pada 661M.

Selepas itu, bermulalah sistem khilafah secara dinasti apabila Khalifah Muawiyah bin Abi Sufyan r.a. menggantikan tempat Ali. Khilafah Umayyah bertahan sehingga tahun 750M sebelum digulingkan dan diambil alih oleh Khilafah 'Abbasiyyah. Dinasti 'Abbas bertahan sehingga awal abad ke-16 (tahun yang tepat sukar ditentukan kerana banyaknya khilaf di sini).

Akhirnya, naik pula khilafah Uthmaniyyah sehingga tamatnya riwayat sistem khilafah Islamiyyah pada tahun 1924.M.

3) Dikisahkah di zaman pemerintahan 'Umar Abdul Aziz, seorang khalifah Super Saiya di zaman Khilafah Umayyah, kemakmuran dan keamanan negara Islam ketika itu mencapai tahap moksya apabila tiada seorang pon yang memerlukan bantuan Baitul Mal (badan zakat) sehingga para petugas Baitul Mal terpaksa pergi dari sebuah rumah ke rumah yang lainnya untuk memastikan siapa yang layak menerima bantuan.

Ini.. Ini.. Ini sumpah mengagumkan..!

4) Puncak kegemilangan pemerintahan khilafah Islam adalah apabila hampir dua pertiga daripada permukaan bumi ini berada di bawah naungan khalifah. Keluasan wilayah jajahan dan naungan kerajaan Islam ketika itu dapat digambarkan daripada kata-kata lejen Khalifah Harun ar-Rasyid, seorang khalifah soleh di era 'Abbasiyyah. Ketika itu, beliau sedang berdiri di beranda istananya, apabila baginda melihat tompokan awan dan berkata:

"Wahai awan! Turunkan hujan di mana-mana sahaja yang kau sukai. Kerana akhirnya hasilnya pasti akan sampai kepadaku!" ... Walaweh. Sila buat muka kagum.                                                                  
5) Imam-imam mazhab yang empat - Imam Ahmad, Imam Shafi'e, Imam Malik dan Imam Hanafi - serta tokoh-tokoh Islam agung dan sering disebut-sebut nama mereka seperti Imam Ghazali, Ibn Taymiyyah, Ibn al-Qayyim, Imam Qurtubi, Ibn Sina, Ibn Khaldun, al-Khawarizmi dan lain-lain lagi, kesemua mereka ini hidup di era 'Abbasiyyah.

Di zaman ini kemajuan sains dan teknologi mencapai suatu tahap luar biasa di luar jangkaan manusia. Aktiviti-aktiviti penterjemahan dan pengumpulan buku dan ilmu giat dijalankan. Ketika ini, taraf ilmu berada di kemuncaknya. Umat Islam, dengan keimanan dan akhlak yang tinggi, menjadi rujukan seluruh umat manusia yang lainnya.

Ia menjadi bukti betapa umat Islam mampu menggegarkan dunia apabila pemerintahan Islam yang adil dan saksama menguasai dunia. Hal ini juga menjadi hujah betapa dakwah mereka ketika itu fokusnya adalah pada pembinaan tamadun dan penyebaran ilmu pengetahuan. Kerana dengan cara yang demikian, ramai orang akan tertarik untuk menyerahkan diri mereka kepada Islam. 
                                                                                                 6) Salahuddin al-Ayyubi, insan yang bertanggung jawab dalam memimpin umat Islam membebaskan kota al-Quds daripada cengkaman para tentera Salib, adalah seorang berbangsa Kurdish dan bukannya Arab seperti yang disangka oleh kebanyakan orang. Ketika itu, Salahuddin berkhidmat untuk Sultan Nuruddin al-Zinki. Salahuddin kemudiannya naik menggantikan beliau menjadi Sultan Mesir dan as-Sham, dan mengasaskan dinasti Ayubi.

Beliau telah berjaya memimpin para tentera Muslimin menentang tentera Salib untuk merangkul kemenangan demi kemenangan. Para tentera Islam yang suatu ketika pernah hilang semangat jihad akhirnya kembali berbara semangat mereka melihatkan ketokohan dan kepemimpinan Salahuddin. Peperangan Hittin adalah antara peperangan yang paling berjaya di bawah pimpinan Salahuddin dan tidak lama selepas itu, kota al-Quds berjaya pula dibebaskan. Takbir!

7) Jika umat Islam berbangga dengan tokoh agung Salahuddin al-Ayyubi yang membebaskan al-Quds, umat Islam juga wajar berasa 'izzah dan bangga hidung kembang kempis dengan kelahiran seorang lagi tokoh dan pahlawan lejen yang diberi nama Muhammad al-Fateh yang telah membebaskan kota Konstatinopel daripada cengkaman kaum Kristian pada usia yang tersangat muda (awal 20-an). Beliau merupakan anak kepada Sultan Murad II, khalifah Uthmaniyyah ketika itu.

Beliaulah yang disifatkan oleh ar-Rasul SAW di dalam sebuah hadith sebagai sebaik- baik pemimpin yang memimpin sebaik-baik tentera, apabila berjaya menumpaskan pertahanan kota Konstatinopel lantas membebaskannya pada tahun 1453M.
8) Islam di bawah pemerintahan khilafah Uthmaniyyah mula melemah di abad ke-19 lagi, dek khalifah yang suka berfoya-foya dan umat Islam yang mula meninggalkan semangat jihad dan asyik dengan dunia (sebab yang sama yang membawa kepada kejatuhan khilafah 'Abbasiyyah). Malah, kerajan Turki Uthmaniyyah pernah digelar 'lelaki sakit Eropah' (the sick man of Europe) kerana hutangnya yang banyak dan kekuatan tenteranya yang semakin melemah.

Apabila kesilapan besar kerajaan Turki Uthmaniyyah adalah apabila ia bersetuju untuk bersekongkol dengan Jerman di dalam perang dunia pertama. Kekalahan pakatan mereka dalam peperangan tersebut membuka jalan kepada musuh-musuh Islam untuk menamatkan riwayatnya pada tahun 1924 melalui pelbagai perjanjian dan tipu daya seperti Deklarasi Balfour, peranan yang dimainkan pengkhianat besar Mustafa Kemal Attaturk dan sebagainya.

Melalui perancangan Zionis dan musuh-musuh Islam yang lainnya yang bersungguh-sungguh dan terperinci, akhirnya Sultan Majid II, khalifah terakhir khilafah Uthmaniyyah dipecat dan dibuang negeri. Menarik juga untuk digaris hitamkan di sini, bahawa di tengah-tengah kekhalifahan yang melemah di penghujung riwayat Uthmaniyyah, muncul seorang khalifah yang tegas dan teguh mempertahankan Islam dan kerajaan di bawah naungannya, yakni Sultan Abdul Hamid II. Apabila rombongan Zionis datang menemuinya dan menawarkan untuk membeli tanah Palestin dan membayar segal tok nenek hutang yang ditanggung oleh Kerajaan Turki Uthmaniyyah, beliau dengan tegas menolaknya. 


9) Musuh-musuh Islam sebenarnya gerun dan menghormati pada masa yang sama sistem khilafah yang ada. Mereka melihatnya sebagai ancaman terbesar ke atas mereka dan berusaha sesungguhnya untuk menghapuskan sistem tersebut.

Antara kata-kata mereka terhadap Islam dan sistem khilafahnya:

"Sesungguhnya kesatuan Islam sedang tidur. Tetapi kita mesti meletakkan di bawah perkiraan kita bahawa, orang yang tidur boleh jadi akan bangkit." - Arnold J. Toynbee, sejarawan British.

 "Pokoknya Turki telah dihancurkan dan ia tidak akan bangkit kembali, kerana kita telah memusnahkan kekuatan spiritualnya; khilafah dan Islam." - Lord Curzon, Setiausaha  Luar Negara Kerajaan British, 1924

 "...
Apa yang dinamakan terorisme di Amerika, tapi sebenarnya adalah kebangkitan Islam radikal terhadap dunia sekular, dan terhadap dunia demokratik, atas nama untuk mendirikan semula sistem semacam khilafah." - Henry Kissinger, bekas Setiausaha Negara Amerika Syarikat

Kerana itulah, musuh-musuh laknatullah ini berusaha sebaiknya untuk memecah belahkan kesatuan umat Islam. Antara teknik yang digunakan adalah dengan dasar 'Pecah dan Perintah' dan membahagi-bahagikan tanah di semenanjung Arab dan Afrika mengikut suku kaum dan bangsa (nasionalism).
Lawrence of Arabia bertanggungjawab menghasut Abdul Aziz as-Saud untuk membebaskan negara Arab yang ketika itu di bawah naungan kerajaan Turki Uthmaniyyah.
10) Ikhwanul Muslimin yang ditubuhkan oleh Imam as-Syahid Hassan al-Banna pada tahun 1928, 4 tahun selepas kejatuhan khilafah Uthamniyyah meletakkan mengembalikan semula sistem khilafah ke muka bumi sebagai misi dan matlamat utama penubuhannya.

Tidak hairanlah Zionis dan musuh-musuh Islam begitu ketar lutut dan kecut perut apabila parti Keadilan dan Kebebasan (al-Huriyyah wal 'Adalah) yang bernaung di bawah Ikhwanul Muslimin menang besar dalam pilihanraya Mesir tidak lama dahulu, lantas mengatur pelbagai helah dan tipu daya untuk menjatuhkan kerajaan yang telah diundi secara demokratik. Takut benar mereka, sistem khilafah yang begitu agung dan gah itu akan terdiri semula!



Jujurnya, sepuluh fakta terpilih tentang khilafah Islamiyyah tidak cukup untuk berlaku adil kepada sebuah sistem yang cukup haibat yang telah bertahan seribu tahun lamanya, merentas padang pasir dan sungai, gunung dan lautan.

Masih banyak yang saya amat teruja untuk berkongsi dengan anda semua; kisah kepahlawanan Saifuddin Qutuz menentang tentera Monggol dalam peperangan Ain Jalut, pengaruh Syiah dalam sistem khilafah, kegemilangan Islam di Andalus, kisah khalifah Mu'tasim yang mahu menghantar segerombolan tentera yang ingin membela nasib seorang wanita, perancangan Theodor Herzl, bapa Zionis moden dalam mendirikan negara haram Israel, siapa itu Mustafa Kemal Attaturk dan banyak lagi.

Kalau nak tahu lebih lanjut, kenalah dengar pengisian Ini Sungguh Kool! Eh. Promo percuma pula. Jelir lidah.

Saya kita, cukuplah sekadar ini, cukup untuk menunjukkan betapa di bawah pemerintahan khalifah Islam, addeen yang agung ini pernah berada di puncak, menjadi rujukan segenap alam semesta. Juga apabila umat Islam alpa dan leka, para pemimpinnya chenta pada dunia dan suka berfoya-foya, rakyatnya pula dua kali lima, jauh daripada cahaya Islam yang sebenar, mereka akan jatuh tersungkur, lantas menjadi sehina-hina bangsa.

Antara semalam dan hari ini, lapan puluh sembilan tahun yang lalu, sebuah sistem yang paling berkuasa yang pernah disaksikan dunia, secara rasminya telah tamat riwayatnya. Pada hari yang penuh hitam dan malang itu, sebuah sistem yang bernasab hingga ke Rasulullah SAW akhirnya menemukan ajalnya selepas perancangan yang tersusun dan berterusan oleh musuh-musuh Islam. Dan pada tanggal yang wajar tidak luput dalam ingatan setiap umat Islam itu, sebuah sistem yang amat digeruni dan dihormati oleh orang-orang bukan Islam akhirnya berjaya dilumpuhkan lantas dihukum mati.
Tanggal 3 Mac 1924, adalah tarikh keramat yang penuh malang dan musibah buat setiap umat Islam, tapi wajar menjadi muhasabah dan ibrah besar buat kita semua.

Tanggal 3 Mac 1924, adalah tarikh yang akan kekal dalam sejarah umat Islam betapa suatu ketika dahulu, kita telah gagal mempertahankan kedaulatan ummah ini dek kelalaian dan kelekaan kita mengejar dunia.

Tanggal 3 Mac 1924, adalah hari di mana menjadi saksi, betapa janji Allah itu akan kekal dan tetap benar, bahawa sesungguhnya, barangsiapa yang ingkar dengan suruhanNya dan curang dalam menjaga agamaNya, pasti Dia akan menyerahkan tugas mentadbir alam ini kepada segolongan manusia yang lainnya.
"Telah berlaku zaman kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian itu sebagaimana yang Allah kehendaki, kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah zaman khalifah yang berjalan sepertimana zaman kenabian. Maka berlakulah zaman kenabian itu sebagaimana yang Allah kehendaki, kemudian Allah mengangkatnya. Kemudian berlakulah zaman pemerintahan yang menggigit. Berlaku zaman itu seperti yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkatnya juga, kemudian berlakulah zaman pemerintahan diktator (zaman penindasan dan penzaliman), dan berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian berlaku pula zaman khalifah yang berjalan diatas cara hidup zaman Kenabian."
[Riwayat Imam Ahmad, Bazzar dan at-Tabrani dari Abu Hudzaifah al-Yamani]


Antara semalam dan hari ini, janji Allah itu pasti.

Antara semalam dan hari ini, kita lupakan luka yang silam dan bangkit semula menuju cahaya kejayaan.

Antara semalam dan hari ini; biarkan mimpi negeri dan titik hitam menjadi semalam, agar kita pasang impian baru yang lebih cerah pada hari ini dan agar ia menjadi kenyataan gemilang di esok hari.

Ayuh!

Allahu ghayatuna!

Ar-Rasul qudwatuna!

Al-Quran dusturuna!

Al-Jihad sabiluna!

Al-Mautu fi sabilillah, asma amanina!

-gabbana-
Artikel ini sepatutnya diterbitkan semalam, bersempena dengan ulangtahun ke-89 kejatuhan khilafh Islamiyyah. Bukan untuk dibanggakan. Bukan untuk disambut dengan kek dan lilin, belon dan permainan.
Tetapi untuk menjadi iktibar kepada kita semua agar tidak mengulangi kesilapan yang sama. Juga menjadi pembakar semangat kepada kita semua, agar kitalah yang akan menegakkan kembali kebanggaan umat Islam ini!
Kitalah ar-ruhul jadid, fi jasad al-ummah! Allahu akbar!
Share this article :

0 comments:

Kritik Saran -> Klick home untuk melihat kitab-kitab hadits

Kepada para pengunjung silahkan berkomentar yang sopan. Komentar spam akan di hapus

Download Kitab 9 Imam Gratis


Kitab 9 Imam

Download Gratis Kitab 9 Imam

Silahkan download gratis kitab 9 Imam, kilck gambar atau judulnya. Klick home untuk memilih kitab lainya. [...]
Shahih Bukhari

Download Gratis Kitab Shahih Bukhari terjemah

Silahkan download gratis kitab Shahih Bukhari, kilck gambar atau judulnya. Klick home untuk memilih kitab lainya. [...]
Kitab Shahih Muslim

Download Gratis Kitab Shahi Muslim

Silahkan download gratis kitab Shahih Muslim, kilck gambar atau judulnya. Klick home untuk memilih kitab lainya.[...]
Kitab Bulugul Maram

Kitab Bulugul Maram

Silahkan download gratis kitab Shahih Muslim, kilck gambar atau judulnya. Klick home untuk memilih kitab lainya.,[...]

Artikel ini Di Baca Ribuan Orang

Followers

 
Support : Creating Website | Johny Template | SITUS ISLAM OMA SUPARTANA
Proudly powered by Blogger
Copyright © 2013. SITUS ISLAM UNTUK PENCERAHAN - All Rights Reserved
Template Design by Creating Website Published by Mas Template